Aku sebuah bas yang berjenama Perkasa. Badanku berwarna putih dan
berjalur perak. Aku dibuat di sebuah kilang di Johor Bharu. Setelah siap, aku
telah dihantar ke Kuala Lumpur. Aku berasa bangga kerana dapat memberi
perkhidmatan kepada orang ramai dengan membawa mereka ke destinasi yang
dihajatkan. Aku juga memberi perlindungan daripada panas dan hujan serta
memberi hawa dingin kepada mereka agar selesa.
Namun begitu, ada juga manusia yang suka mengganggu dan merosakkan
aku. Badan aku kadang-kadang diconteng dengan benda yang tajam seperti paku.
Pen juga digunakan untuk menulis perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya pada
badanku. Sakit rasanya tetapi tidak ada sesiapa yang mendengar rintihanku. Aku
terpaksa menanggung segala penderitaan seorang diri. Ada juga yang membuang
sampah merata-rata di sekitar aku sehingga diriku menjadi busuk dan kotor.
Mereka juga suka makan dan membuang plastik makanan di sekitar aku.
Mereka tidak lagi menghargai perkhidmatan yang aku berikan kepada
mereka. Aku tetap menerima apa yang berlaku walaupun diganggu dan dirosakkan.
Aku tetap memberikan perkhidmatan kerana telah menjadi tugasku dan aku percaya
setiap kebaikan yang diberi akan dibalas jua suatu hari nanti. Aku akan tetap
meneruskan kerjaku kerana aku seronok dapat berbakti dan membantu orang ramai.
AKU SEBUAH KOMPUTER
Aku
sebuah komputer bernama Perwira. Aku diperbuat dan dipasang di Malaysia.
Anggota badanku terdiri daripada plastik, aluminium dan besi. Warna tubuhku
hitam dan perak.
Setelah siap dipasang, bahagian tubuhku seperti papan kekunci dan
monitor telah dimasukkan ke dalam kotak. Kemudian aku telah dibawa ke sebuah
gudang untuk disimpan. Aku ditempatkan bersama-sama teman-temanku yang pelbagai
saiz dan warna.Tidak lama kemudian, aku telah diangkut ke dalam sebuah van
menuju ke sebuah kedai komputer yang terletak di pusat bandar raya Kuala
Lumpur.
Apabila sampai di kedai komputer tersebut, aku telah dipamerkan bersama
rakan-rakan yang lain. Aku gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan yang
terdiri daripada pelbagai jenama, saiz dan warna.
Setelah
beberapa hari, datang seorang lelaki ke kedai komputer tersebut. Dia berminat
dengan rupa dan spesifikasi yang terdapat padaku. Setelah berpuas hati dengan
ciri-ciriku, lelaki itu pun membeliku lalu dibawa pulang ke rumah. Aku berasa
begitu seronok kerana mempunyai tuan yang baru dan tidak sabar-sabar untuk
memberikan khidmatku.
Sebaik sahaja tiba di rumah, aku telah diletakkan di atas sebuah
meja di dalam bilik bacaan.Tuan aku menggunakan aku untuk menaip kertas
kerjanya dan juga untuk membuat bahan-bahan grafik.Aku telah menjalankan
tugasku dengan penuh gembira dan lancar. Aku gembira kerana dapat mencurahkan
bakti kepada tuan aku. Tuan aku juga amat sayangkan aku. Beliau sentiasa
menjaga kebersihan anggota tubuh badanku.
Setelah
beberapa tahun digunakan, aku sering mengalami kerosakan kerana diserang virus
komputer. Akhirnya, tuan aku telah membeli sebuah komputer baru yang lebih
canggih. Sejak itu aku diletaakkan di sudut bilik dan tidak digunakan lagi.
What the fish
ReplyDelete